Kedudukan GENTING Bahasa, Budaya Sains dan Teknologi (S & T) dan Nasib Warga Melayu-Islam

ASASI melihat kewibawaan keempat-empat Akta pendidikan tersebut dalam menentukan nasib dan ketahanan warga Melayu-Islam dalam S & T terletak kepada keupayaan gagasan Akta-akta itu memupuk, memelihara, menjamin dan mengukuhkan ketiga-tiga premis di atas. Suatu hal yang jelas ialah betapanya pembudayaan, penguasaan dan perserataan S & T di kalangan warga Melayu-Islam bersimpul rapi dengan ikatan daulat bahasa dan maruah bangsa.